Tuesday, February 12, 2013

Amanah.



                Dalam resah melayan fikrah, aku walah. Cepat tangan mencapai kalam Allah, perlahan ku baca menjemput tenang menghilang gundah. Hingga aku terenti pada ayah;

                “Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta. Tetapi, yang buta ialah hati di dalam dada.” – Al Haj 46.

Benak dihujani….

                Butakah hati Ya Allah, hingga kau hijabkan aku dari makna amanahMu? Pantas hati beristigfar. Ya Allah,pimpinlah diriku dan mereka. Sesungguhnya aku benar-benar dahagakan pimpinanMu. Tuntunlan aku jalani amanah yang kau pundakkan pada sepasangan bahu lemah ini. Ampunilah aku, andai alpa mengajar mereka “erti” amanah pada agamaMu. Yang jelas, ditunjukkan oleh rasulMu.

                Ampunilah diriku Ya Allah. Kerana sebegini adanya aduku padaMu. Merasa sukarnya menjalani amanahmu. Benar- benar diri menginsafi susah payah RasulMu menunai amanat diberi. Namun dalam menggalas amanah seringkali daku kalah pada amanah. Dalam benar tahu, bahawa mana mungkin membandingkan luka parah rasulullah berjuang dengan asakan bual teman menekan perasaan. Bagaimana mungkin menyamakan jasad nabi yang dinajisi dan diriku yang hanya dihamburkan dan dipulaukan.

                Dalam pada tahu pagar yang menghias jalanMu itu adalah ujian dan kesukaran, masih saja aku memilih selesa dan ketengan. Aku terbelenggu diantara dua. Perlu dan suka. Dan, seperti selalunya…..

                Aku memilih suka dari perlu . Memilih suka dari perlu dilakukan.  Sedang suka itu tidak perlu – dan perlu itu tidak pula disukai. Benar- benar  terseksa. Kerana hati ini perlu melawan jasad sendiri. Di ketika ini, hati menggugah hidayah ‘sabda nabi’ , “Jihad (peperangan) yang paling sukar adalah mendepani hawa nafsu”.

                Sepantas itu juga lembar sejarah  silih berganti bermain diretina mata, mengulangi fakta. Ramai pendekar yang tersungkur bukan kerana tusukan senjata tetapi godaan wanita. Malah ramai pula panglima yang mundur bukan kerana amukan musuh tapi, kerlipan kuasa dan harta.Mereka yang bersiap siaga saja bisa- bisa kalah. Namun bukan pada musuh yang meratah tapi, nafsu serakah. Ya Allah apakah ini hidayahMu padaku, mengetuk pintu hati melunasi amanahMu?

                Tampak sekali aku tidak endah. Sambil lewa mwnggalas amanah. Benar, saat ini ingin sekali merayu padaMu- ampunilah aku pada setiap detik amanah yang tak tertunaikan. Janganlah kau lemparkan kelak di wajahku. Permudahkan rintangan beban amanah ini Ya Allah.

                Barangkali, aku benar-benar mendiami zon selesa. Takut. Dayus mendepani cabaran. Sedang kutahu berusaha itu perlu kepada perubahan. Dan berubah, sifatnya kekok dan canggung. Ya Allah, pimpinlah langkahku, yang baru, sesuai tuntutanMu. Kuatkanlah hatiku dan diri ini untuk terus berubah walau harus dipaksa.< Aku tidak ingin berubah kerana terpaksa dan asakan keadaan, kerana itu adalah kegagalan.> Aku ingin bermujahadah biar ia kan patah. Berkali, tapi tidak mengaku kalah. Jauhkanlah diriku dari golongan yang takut disakiti, pahit sedikit mengeluh, pedih sekelumit mengaduh.