Monday, December 22, 2014

Bersahabat seperti Sayyidina Abu Bakr Assiddiq.

Assalamualaikum, bismillah.

Entry kali ini secara totalnya nak bercerita tentang persahabatan dan Saydina Abu Bakr.

Sebab tu tajuk pun bersahabat seperti Saydina Abu Bakr. Eheh  - - *

Kalau tentang persahabatan, memang tak lari dari perkataan ni. Ukhwah.

“Ee.. geli lah dengar perkataan tu,” kata anak Pakcik Meon jiran sebelah tahun lepas.

Hurm, ukhwah sebenarnya bukanlah perkara geli geli. Ukhwah adalah nadi utama dalam persahabatan. Lebih kurang kalau kata takda ukhwah, for sure sesuatu persahabatan takkan utuh. Tak payah mengaku BFF kalau sebut ukhwah pun dah geli. Eheh.

Tapi, point kat sini lebih kepada nak cerita fasal figura besar dalam dunia Islam, Khalifah pertama Islam, Sahabat pertama yang memeluk Islam dalam kalangan syabab dan kalau nak senarai, tak habis entry ni jawabnya.

Beliau dilahirkan dua tahu/tiga tahun selepas tahun Gajah, atau selepas keputraan rasulullah. Beliau tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah meneguk arak.

Oklah. Tahu kan, sebab apa beliau digelar as siddiq? Yang membenarkan?

Sebab semasa rasulullah s.a.w mengkhabarkan berita Isra’ dan Mikraj, ramai ragu ragu dengan baginda. Dalam kalangan ramai ramai yang masih bersyak wasangka, beliaulah yang tanpa ragu ragu membenarkan baginda.

Dan gelaran As Siddiq yang digelarkan oleh rasulullah kepada beliau tidaklah terhenti disitu.

Ketika kekalutan pengkhabaran kewafatan rasulullah, ketika seluruh manusia tidak dapat menerima pemergian baginda, hattakan Saydina Umar sendiri berkata : “Barang siapa mengatakan bahawa Muhammad itu wafat, nescaya akan aku pancung kepalanya!”.

Beliau membenarkan kewafatan baginda.

Kata-kata beliau yang mahsyur ketika itu, “ Barangsiapa menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad wafat. Barangsiapa menyembah Allah, sesungguhnya Allah hidup dan tidak mati,”. 

Maka terdiam semua manusia.

credit to : afooooooore on Tumblr/ islamicartdb.com

credit to iiadb.com


Ketika Islam ditindas, umat Islam disiksa oleh musyrikin Makkah ketika itu, beliau adalah antara yang menyumbangkan hartanya untuk membeli hamba hamba yang disiksa. Seperti Saydina Bilal bin Rabah

Dan ketika hijrah nabi s.a.w ke Yathrib (Madinah), beliaulah yang menemani baginda. Mereka diburu dan diancam bunuh. Beliau masih setia disisi baginda. Maka turun ayat quran khas buat mereka berdua. *tak ingat dengan sempurna ayat tu jadi tak berani nak tulis.

*nangis*

Dan pengakhiran hidup beliau, beliau wafat selepas beberapa tahun kewafatan rasulullah.

Disemadikan bersebelahan baginda.

Beliau sahabat rasulullah di dunia, di kubur dan di akhirat sana. (Beliau adalah sahabat yang dijanjikan syurga).

Cukup setakat ini mengenai beliau. Yang penting mampukah kita bersahabat seperti beliau?

*terduduk*

 Andaikata tulisan ini banyak cacat cela, mohon disempurnakan. E-mel ja. Takpun komen bawah. Cakap baik baik tau.

But more than anything, moga entry ini bermanfaat. Berguna buat kita terutamanya syabab/fatayat islami.

Sekian, Wasalam J