Wednesday, December 17, 2014

Cerita random.

Assalamualaikum,

Bismillah.

Alhamdulillah kelas harini takda kerj sampingan dkat rumah so, relax la sikit. Cuma ifadah untuk visa tak siap siap lagi. Ada yang maki, ada yang simpan je dalam hati. Memang orang arab Mesir ni sistemnya kurang teratur sikit.

Dalam kelas tadi pun agak relax, takda Dr. Khalid nak tekan sangat sebab revision pelajaran lepas ja. Tapi, dalam kami tengah khusyuk Dr. buka cerita yang dia selalu dengar dalam radio. Tak silap rancangan عمره خالدز. Try la searh dalam YouTube insyaAllah ada. Tapi dalam bahasa arab ammi campuran fushah sikit.

Cuma cerita yang diceritakan quite inspirational.

Suatu hari ada seorang doktor pakar  dijemput untuk bagi ceramah (macam talk show) kepada doktor-doktor baru. Dalam talk show tu ada sekali perdana menteri.

Doktor tu cerita waktu sebelum dia jadi doktor yang bberjaya, pernah satu malam yang bersalji dia dikejutkan oleh ketukkan pintu.

dia buka dan depan pintu ada seorang perempuan minta tolong ubatkan anaknya. Anaknya sakit tenat dan perlu diubatkan. Tanpa melengahkan masa dia terus pergi rumah perempuan tadi dan ubatkan anak dia.

dan bukan pada malam tu ja dia ubatkan anak tu, tapi setiap hari dia jengukkan keaadaan budak tu. Tanpa sebarang caj. mudah cakap ikhlas.

Dia kata kalau dia nak caj boleh ja. Dan kalu dia nak menolak permintaan perempuan tu pun lagi boleh. boleh ja dia nak kata waktu tengah malam tu bukan waktu dia bekerja dah.

tapi dia memilih untuk tolong budak tu atas dasar kemanusiaan.

ikhlas.

Tiba tiba, *drumrolls*

perdana menteri tu bangun dan peluk doktor tersebut. dia sebut dekat dokter tu, budak yang dia ubati pada malam tu adalah perdana menteri tersebut.

-tamat-


Hurm, konklusi?

*tepuk dada tanya diri sendiri. Nak bagitau panjang pun tak reti. ahaha.

Sekian.