Sunday, December 21, 2014

Pancake paling simple *kot*.

Assalamualaikum ,
Semalam waktu tengah scroll twitter  ternampak resepi mudah untuk buat pancake pisang. Terus keluar rumah pegi cari pisang. Asalnya memeng tengah teringin ‘kepeknga’ @ pankek pisang versi Melayu. Tapi nak cari mana daun pisang sini? 

Oleh kerana resepi dia mudah tak tau nak habaq, jadi diri ini rasa terpanggil untuk hapdet entry pasal ni. Tambahan kalau makan waktu sarapan pulak kan, apa nak kata. Kan?


Btw, teringat paperwork add math zaman spm dulu, pasal breakfast. Brekfast sebenarnya penting sangat untuk kita, tambah student, sebab our brain consumed on sugar. Kalau tak makan, camna nak boost otak. Tak gituh? :B

So, here we go,

Bahan-bahan.



Pisang (Ikut suka lah pisang apa. Janji besar/padan padan nak makan.
2 biji telur
Secubit garam/sesuka hati

Cara-cara:

Lenyek/blend/kisar (ikut kehendak sendiri tapi aku lenyek, terasa lah sikit pisang tu) Pastu masukkan telur dan garam. Kacau rata.

Lebih kurang jadi macam ni.

Panaskan kuali, letak minyak sikit, masak. Masak macam nak masak telur mata kerbau tuu.

Done!



Cuma, kalau nak kelainan… boleh lah drizzle skali madu ka, maple syrup ka, apa ka. Janji bahagia. Hee

sekian,.