Saturday, January 17, 2015

Winter not-so-sonata.

Assalamualikum dan hai J

La ni tengah musim sejuk tapi tak bersalji di Kaherah.. Aku rasa lebih baik takda salji. Sebab kalau bersalji maknanya suhu akan jadi negative camtu. Berselimut 24 jam lah jawabnya. Alhamdulillah fasa enam darjah selsius dah berlalu. *fuhh

Tak tipu, musim sejuk memang dugaan. Dugaan nak ke kelas. Sebab nak ke kelas kena mandi. Tapi sebelum mandi tu nak kena bangun tidoq pun jenuh (susah). Kira sindrom malas musim sejuk ni memang A ler. Nak jadi cerita lagi kelas aku memang sejuk tahap gaban. Kira cakap tu keluar asap lah. Ingat lagi Doc. Ahmad habaq, “antum ba’da usbuq satamut. “ (Hampa selepas seminggu, pakat mati habis sebab sejuk) sebab kelas tu tingkap atas terbuka luas. Tak boleh tutup pulak. memang sabaq je lah.

Dan antara perkara yang aku rasa agak obvious adalah selera makan aku. Makin berselera. Kira selalu makan nasik arab sepinggan tak habis kali ni habis sepinggan. Boleh kata jajan tu memang spare lah. Boleh baham waktu emergency *lah sangat. Bab makan aku ni dikira ok lah, tak la picky. Campak ja apa pun insyaAllah aku boleh makan asalkan halal.

Teringat aku satu hadis nabi, yang mafhumnya berpuasa di musim sejuk ini bagaikan hadiah yang mudah bagimu riwayat Ahmad dan makna hadiah yang mudaah disyarahkan oleh Ibn Rajab sebagai hadiah yang didapati tanpa kesusahan dari pihak yang menerimanya.




See?

Point nya kat sini, berpuasa di musim sejuk adalah perkara yang mudah dilakukan dan diamalkan. Mungkin antara sebabnya yang aku boleh kaitkan dengan kefahaman aku adalah malam lebih panjang daripada siang. So waktu puasa pun singkat. Contoh la ni subuh pukul 5.30. Maghrib pulak pukul 4.15 lebih kurang. Jadi waktu berpuasa tu lebih kurang 11 jam ja dibandingkan dengan musim panas/Ramadhan yang waktunya lebih kurang 16 jam.

Lagipun musim sejuk ni tak berasa sangat dahaga. Dan tak seletih musim panas. Cuma best nak lena ja. Haha.

Mudah cakap, antara ibadah yang mudah pada musim sejuk ni adalah dengan berpuasa. Rahmat musim sejuk mungkin. Alhamdulillah ala kulli hal.

Hurm, rasanya cukup kot entry setakat ni. Moga bermanfaat. Jumpa lagi,

credit to : despicable-me.tumblr


Assalamualaikum.