Friday, December 11, 2015

Alhamdu Lillah.

Tuhan,
Syukurku dalam ma’rifahMu,
Bukan selayaknya madah ini untuk Mu,
Dan bukanlah kata-kata ini ukuran cintaku,
Namun hitunglah ini sebagai tanda pengharapanku,
KepadaMu.

Tuhan,
Janganlah Kau padam rasa ini,
Pengharapan ini,
Pergantungan ini,
Rasa yang Kau campakan dalam hati ini,
Meskipun lalai itu datang dari diri ini.

Tuhan,
Terimalah titisan air mata,
Hambamu yang hina,
Selalu leka,
Alpa.

Tuhan,
Terima kasih atas aturanMu,
Dan kumohon agar terjagalah hati ini,
Agar sentiasa ada, sentisa.

111215
Jumaat paling bermakna,
Kota Kemenangan.