Thursday, December 10, 2015

Hadi yang dua puluh.


Dalam semilir angin sejuk syita’ menghembus pagi,
Benak dihujani;

Apa Hadi yang dua puluh ini pelajari semenjak kaki bertapak dibumi kinanah ini?
Atau hanya pandai berretorik kata walhal nyatanya memang pasir bukan permata natijahnya?

Apa Hadi yang dua puluh ini benar-benar beramanah dengan susah-payah ibu ayah?
 Atau bertopengkan lelah walhal usahanya sampah?

Apa Hadi yang dua puluh ini masih berselimut selesa, mengalah dengan nafsu amarah, tak mahu bersusah payah kerna ilmu itu bukan mudah sifatnya?

Apa…

Hadi yang dua puluh ini sedar siapa dia?

101215
Di tengah mudarraj firqah ula.
Jamiah Al Azhar.