Tuesday, December 8, 2015

Mesir dan kamu.

Pada pada pandangan mata engkau,
Mesir itu hanyalah pasir dan sampah jalanan,
Yang berterbangan saat angin merempuh perlahan,
Pencuri pencuri dan gelandangan yang berpeleseran,
Puing-puing usuh bangunan,
Dan peradaban yang ditelan zaman.

Apa itu semua tidak mengajar kau erti kehidupan?
Makna tawakkal hamba pada tuhan?
Tujuan kegembiraan dan kesedihan?
Dan siapa hamba, siapa tuhan.

Singkaplah hijab-hijab yang membutakan!
Kerana kamu hanya lihat permukaan,
Bukan dasar hakikat gambaran,
Kerana disebalik pasir itu…
Kaukan dapati permata yang mengagumkan,
Sejuta pengajaran dan pengalaman,
Dan hikayat yang tak pernah diceritakan.

071215.
Kota Kemenangan.